PENGALAMAN SEORANG PLANTERS PART 2
Hem pening jugak ni apa kerja aku sebenarnya,dok tengah mikir apa nak buat tiba 2 aku disapa olehTuan kahar assistant manager .
bila report duty: tanya Tuan kahar
baru je tuan :jawadku
tak pa ,so apa Tuan beso suruh buat? tanya tuan kahar lagi,
dia suruh saya masuk kebun dengan peta yang diberi ni dan suruh saya ronda 2 kebun selama seminggu tuan.
bagus lah camtu ,so kalu ada apa 2 bagitau ok: kata tuan kahar sambil berlalu pergi ke biliknya.
so apa lagi nak dibuat off to the field la.
di ladang aku berjumpa dengan rozi dia memperkenalkan aku dengan 3 lagi staff ,en masangat,mr elangovan dan MA en osman.mereka baik dengan ku dan memberi semangat dan pengenalan awal tentang tugas 2 dan kerja 2 di ladang.Alhamdulillah lega la jugak.
kemudian aku ke kebun sendirian....dan terlihat sekumpulan pekerja membaja sedang menabur baja ,aku hampir kepada mereka dan mereka memberi hormat pada ku disamping seorang mandor bergegas ke pada ku..
Selamat Pagi Tuan,tuan baru kah disini katanya
iye saya baru melapur diri : kataku.
kemudian dia memberitahu tahu jumlah pekerja ,jumlah bag dan taburan sepokok tanpa aku memintanya,wahhh sungguh eficien ni....
setelah melawat dan memerhati mereka membaja dalam 2 jam lebih aku pun meneruskan perjalanan ku untuk meninjau kawasan lain.tiba2 ada bunyi hon dibelakang ku dan rupanya Tuan Wanisal iaitu senior ku di kampus jengka dulu..
Asalamualaikum Tuan sapa ku.
walaikumsalam ,apa kau buat kat sini,katanya
ronda 2 tuan tengok kawasan ,tuan dari mana? tanya ku
o gitu , im from new paloh..ok ok terus kan ronda...kata nya, hem sombong lak lagaknya tapi biarlah aku masih baru di sini,mungkin nanti boleh berjumpa lagi.
sebelum dia beransur pergi ,kedengaran dia kata ,jangan masuk ladang orang tau.....
APA MAKSUD DIA TU...........................................